No Return Refund Policy
Dasar Tiada Pemulangan dan Bayaran Balik · Kemas kini terakhir: 10 November 2026
Dasar ini terpakai bagi semua bayaran kepada Appslom Resources (No. Pendaftaran SSM 201903148983 (002976725-D)) untuk MyTaxBiz.
1. Perkhidmatan digital, tiada pemulangan
MyTaxBiz ialah perkhidmatan digital yang dibuka serta-merta selepas bayaran berjaya. Tiada barang fizikal dihantar, jadi tiada pemulangan (return).
2. Tiada bayaran balik
Semua bayaran adalah muktamad. Tiada bayaran balik (refund) selepas bayaran dibuat, termasuk jika:
- anda tidak menggunakan perkhidmatan atau berubah fikiran;
- anda tersalah pilih perniagaan, perkongsian atau tahun taksiran; atau
- anda tidak sempat menyiapkan kerja dalam tempoh edit 7 hari atau tempoh muat turun 30 hari.
3. Tiada lanjutan atau pemindahan
Tempoh akses tidak boleh dilanjutkan, dan bayaran tidak boleh dipindahkan ke perniagaan, perkongsian, tahun taksiran atau akaun lain.
4. Bayaran gagal
Jika bayaran gagal atau dibatalkan, tiada caj dikenakan. Jika bank anda telah menolak wang tetapi status bayaran gagal, amaun itu biasanya dipulangkan oleh bank atau CHIP. Hubungi kami jika ia tidak dipulangkan.
5. Sebelum membayar
Sila semak maklumat perniagaan (nama, jenis, No. TIN, No. SSM, tahun taksiran dan pemilik) kerana ia dikunci selepas bayaran, dan baca disclaimer yang perlu anda tandakan sebelum membayar.
6. Hubungi kami
Appslom Resources (201903148983 (002976725-D))341A, Jalan Silibin, Taman Germuda, 30100 Ipoh, Perak
Emel: perakbiz@gmail.com
Support: https://t.me/+uI3rPpACzZo4MDI1