Privacy Policy
Dasar Privasi · Kemas kini terakhir: 10 November 2026
MyTaxBiz dikendalikan oleh Appslom Resources (No. Pendaftaran SSM 201903148983 (002976725-D)). Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, cara kami menggunakannya dan hak anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data yang kami kumpul
- Maklumat akaun: nama, alamat emel, kata laluan (disimpan dalam bentuk hash, bukan teks asal) dan tetapan pengesahan dua faktor (2FA).
- Maklumat pembayar cukai dan perniagaan yang anda masukkan: nama, nombor kad pengenalan, nombor pengenalan cukai (TIN), nombor pendaftaran SSM, maklumat pemilik dan pekongsi, trial balance, daftar aset dan data kewangan lain yang anda muat naik.
- Rekod bayaran: nombor invois, amaun, status dan nombor rujukan transaksi CHIP. Bayaran diproses sepenuhnya oleh CHIP; kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad, CVV atau butiran log masuk perbankan anda.
- Data keselamatan: alamat IP, jenis pelayar (user agent), masa log masuk dan rekod persetujuan terma.
2. Tujuan penggunaan
- Menyediakan perkhidmatan: memproses trial balance, mengira cukai dan menjana laporan PDF.
- Memproses bayaran dan mengeluarkan invois.
- Melindungi akaun anda dan mencegah penyalahgunaan atau penipuan.
- Menghantar emel berkaitan akaun, seperti kod pengesahan, reset kata laluan dan notis kemas kini terma.
- Mematuhi kehendak undang-undang.
3. Pendedahan kepada pihak ketiga
Kami tidak menjual atau menyewakan data anda. Data hanya dikongsi dengan:
- CHIP (pemproses pembayaran), untuk memproses bayaran anda;
- penyedia hosting dan emel yang memproses data bagi pihak kami; dan
- pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.
MyTaxBiz tidak menghantar borang atau data anda kepada LHDN. Anda sendiri yang mengisi dan menghantar borang cukai.
4. Tempoh penyimpanan
- Data kerja perniagaan yang dibayar (trial balance, account mapping, daftar aset dan kiraan cukai) dipadam secara kekal selepas tempoh edit 7 hari dan tempoh muat turun 30 hari tamat.
- Profil perniagaan, rekod bayaran dan invois disimpan untuk rekod perakaunan dan audit.
- Maklumat akaun disimpan selagi akaun anda aktif.
5. Keselamatan
Sambungan ke laman ini disulitkan (HTTPS), 2FA diwajibkan bagi semua akaun, kata laluan disimpan dalam bentuk hash dan akses kepada data dihadkan kepada pemilik akaun.
6. Kuki
Kami hanya menggunakan kuki sesi dan keselamatan yang diperlukan untuk log masuk. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan.
7. Hak anda
Anda boleh meminta akses kepada data peribadi anda, membetulkan data yang tidak tepat, atau menarik balik persetujuan dan meminta akaun ditutup. Hubungi kami di alamat di bawah; kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dahulu.
8. Perubahan dasar
Jika dasar ini berubah, kami akan memaparkan notis dalam MyTaxBiz dan meminta persetujuan anda semula.
9. Hubungi kami
Appslom Resources (201903148983 (002976725-D))341A, Jalan Silibin, Taman Germuda, 30100 Ipoh, Perak
Emel: perakbiz@gmail.com
Support: https://t.me/+uI3rPpACzZo4MDI1